Tuesday, November 2, 2021

PSEE SEKSYEN A DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PENGUASA PENJARA KA41 28.10.2021

PENGUASA PENJARA KA41

28.10.2021

 

 
1.  Panjang sebatang sungai pada lukisan berskala ialah 4.2 cm. Diberi bahawa Panjang sebenar sungai itu ialah 26.04km. Cari skala yang digunakan untuk melukis sungai itu.
A.  1: 240 000
B.  1: 420 000
C.   1: 560 000
D. 1: 620 000
 
 
 
 
 
 
2.   Seramai 2 murid mendapat markah 87. 3 murid mendapat markah 88. 4 murid mendapat markah 89 dan seorang murid mendapat markah 90. Tentukan sisihan piawai bagi data tersebut.
A.  0.6
B.  0.7
C.   0.8
D. 0.9
 
 
 
 
 
 
 
3.   Jarak di antara dua dinding tegak X dan Z ialah 6.4m. Sebuah tangga berketinggian 4.5m diletakkan di antara kedua-dua dinding tersebut dan disandarkan pada dinding X. Sudut di antara tangga dan lantai ialah θ. Jika kos θ = 0.8. Hitung jarak antara hujung tangga pada lantai dengan dinding Z.
A. 2.2m
B. 2.4m
C.  2.6m
D.2.8m
 
 
 
 
 
 
4.  PQR merupakan sebuah segi tiga bersudut tegak. Diberi PQR = θ. PQ = 4 cm dan QR = 3 cm. Cari sin θ – kos θ.
A.  4/5 – 3/5
B. 5/4 – ¾
C.  5/4 – 5/3
D.3/5 -3/4
 
 
 
 
 
 
 
 
5.  Seramai 156 murid membeli makanan di kantin. 121 murid membeli nasi goreng. 102 murid membeli nasi lemak dan 89 murid membeli kedua-duanya. Hitung bilangan murid yang tidak membeli sebarang makanan.
A. 18
B. 22
C.  24
D.28
 
 
 
 
 
 
6.  Lim mempunyai sejumlah 156 helai baju merah dan biru. Keberangkalian memilih sehelai baju merah ialah 3/9. Cari bilangan helai baju biru yang dibuang jika keberangkalian memilih sehelai baju biru ialah 3/5.
A. 10
B. 18
C.  22
D.26
 
 
 
 
 
 
 
7.  Sebuah pentagon sekata dan sebuah segi empat sama mempunyai Panjang sisi yang sama. Hitung jumlah sudut pedalaman bagi kedua-dua poligon tersebut.
A. 720o
B. 840 o
C.  900 o
D.1020 o
 
 
 
 
 
 
 
 
8.  Lim membeli 5 kg manggis dan 4 kg rambutan dengan harga RM 71. Harga bagi 2 kg manggis melebihi harga bagi 1 kg rambutan sebanyak RM5. Hitung harga bagi 2 kg rambutan dan 3 kg manggis.
A.  RM 39.00
B.  RM 40.00
C.   RM 41.80
D. RM 42.00
 
 
 
 
 
 
9.  Pada suatu hari tertentu jangkitan Covid-19 di P ialah 4.2 x 105 kes. Kes Covid-19 di R ialah 20% kurang kes berbanding di Q. diberi kadar jangkitan di Q adalah 3 kali kadar jangkitan di P. Hitung jumlah kes kesemuanya.
A. 2.688 x 105
B. 2.868 x 105
C.  2.688 x 106
D.2.868 x 106
 
 
 
 
 
 
10.                   Lim adalah 4 tahun lebih tua daripada adiknya. Hasil darab umur mereka ialah 21. Jika adik Lim berumur p tahun. Apakah persamaan kuadratik dalam sebutan p.
A.  p2 + 4p – 21 = 0
B. p2 - 4p + 21 = 0
C.  p2 + 4p – 21 = 0
D.p2 - 4p + 21 = 0
 
 
 
 
 
 
 
11.                   Jim melabur RM 12,600 dalam suatu dana yang memberikan faedah sebanyak 4% setiap tahun. Apakah ungkapan bagi jumlah pelaburan dalam RM selepas t tahun?
A. 12,600(1.04) t
B. 12,600(0.04t)
C.  12,600 t (1.04)
D.12,600(0.04) t
 
 
 
 
 
 
 
12.                   Jim Boleh bekerja dengan jumlah tidak melebihi daripada 12 jam seminggu dalam dua pekerjaannya. Kerja mengecat dibayar dengan harga RM 5 sejam dan kerja bertukang dibayar dengan harga RM 8 sejam. Jim memperoleh sekurang-kurang RM89 seminggu. Antara berikut yang manakah benar?
A.  X + y ≤12 , 5x + 8y ≥ 89
B. X + y <12 , 5x + 8y > 89
C.  X + y ≥12 , 5x + 8y ≤ 89
D.X + y =12 , 5x + 8y = 89
 
 
 
 
 
13.                   Berat Jim ialah 2/3 daripada Lim. Berat Tim ialah ¾ daripada berat Sim dan Jim lebih berat daripada Sim. Susunan jisim mereka bermula dengan yang paling ringan ialah
A.  Sim Tim Jim Lim
B. Tim Sim Jim Lim
C.  Jim Lim Sim Tim
D.Lim Sim Tim Jim
 
 
 
 
 
 
14.                   Jim ada 320006 keping kad. Dia menyimpan kesemua kad itu ke dalam 3 buah kotak. P, Q, dan R masing-masing dengan nisbah 6:11:7. Hitung beza bilangan kad dalam kotak Q dan R.
A. 720
B. 900
C.  3060
D.3240
 
 
 
 
 
 
 
15.                   Koordinat P dan Q ialah masing-masing (0,2) dan (6,k). Diberi kecerunan PQ =1/2. Hitung nilai k.
A. 3
B. 5
C.  7
D.9
 
 
 
 
 
 
 
16.                   Jim membeli sebuah motosikal berharga RM126,000. Dia telah membayar 12% wang pendahuluan daripada harga motosikal. Bank meluluskan pinjaman dengan kadar faedah 3.7% setahun untuk 8 tahun. Hitung bayaran bulanannya.
A.  RM 1222.02
B.  RM 1342.48
C.   RM 1496.88
D. RM 1520.20
 
 
 
 
 
 
 
17.                   Seramai 215 murid suka warna biru. 123 murid suka warna merah dan 98 murid suka hijau. 51 murid suka biru dan merah. 34 murid suka merah dan hijau dan 25 murid suka biru dan hijau. Hanya 17 murid suka ketiga-tiganya. Didapati setiap murid suka sekurang-kurangnya satu warna. Hitung jumlah murid dalam tinjauan ini.
A. 234
B. 243
C.  334
D.343
 
 
 
 
 
 
18.                   Antara pasangan berikut, yang manakh adalah sebutan serupa?
A. 3rs 5st
B. 3mn mn
C.  2q 1/q
D.6r 2r2